top of page
newsatmy

PBM sudah mohon jadi parti komponen, namun BN belum jawab – Zuraida

3 Ogos

BARISAN Nasional (BN) masih belum menjawab permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai gabungan itu, kata Datuk Zuraida Kamaruddin.

Zuraida yang juga antara pemimpin tertinggi PBM mengesahkan parti itu telah menghantar surat permohonan untuk menjadi parti komponen BN, tiga minggu lalu.


“Jadi kita masih menunggu jawapan lagi,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa Ke-10 hari ini.

Sebelum ini, Presiden PBM, Larry Sng dilaporkan berkata, permohonan parti itu untuk menyertai BN masih dalam proses.

Menurut Larry, PBM memberi mandat kepada Zuraida untuk mengetuai delegasi parti itu dalam pertemuan serta rundingan dengan pemimpin parti lain untuk membentuk kerjasama politik.

Baru-baru ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata BN sedia menerima mana-mana parti politik yang ingin bersama gabungan itu.

Bagaimanapun Ahmad Zahid berkata beliau dan kepimpinan BN belum membuat sebarang keputusan berhubung permohonan PBM itu.

Comments


bottom of page