Pelajar keluarga B40 kemurungan disebabkan kos pengajian dan sara hidup tinggi di Universiti
16 Sept
Perkongsian mengenai kehidupan para penuntut institusi pengajian tinggi.(IPT) yang kadang kala terpaksa ‘ikat perut’ memandang.kan wang saku tidak mencukupi.
Bukan sahaja terpaksa membayar yuran jurusan yang semakin meningkat, mereka juga perlu memperuntukkan wang untuk membeli peralatan projek, pengangkutan, buku rujukan,komputer riba dan peralatan pembelajaran lain.
Komputer riba(Laptop) amat penting kepada penuntut pusat pengajian tinggi namun kini harga komputer riba melambung tinggi.Bagi komputer yang bersesuaian sekitar RM2,500 hingga RM5,000,
Selain itu mereka perlu untuk membayar sewa rumah setiap bulan kerana tidak mendapat tempat di kolej kediaman yang di.sediakan.
Kos pembelajaran seperti yuran pengajian dan penginapan boleh mencecah sehingga RM10,000 hingga RM15,000 setahun di sebahagian IPTA bagi pogram Asasi.
Seorang individu tampil ber.kongsi luahan mengenai masalah yang dihadapinya dan kebanyakan penuntut lain yang di.d4kwa tidak diambil perhatian oleh pihak IPT.
“Salah satu universiti awam ter.kemuka minta stvdent masuk 100 peratus semester depan tapi ramai yang tak dapat kolej dan ter.paksa menyewa.
“Ada juga yang tak ada rumah sewa langsung. Saya misal.nya susah cari rumah sewa sebab mahal, deposit tinggi, jauh (tiada kenderaan sendiri).
“Saya keluarga susah, bapa saya pun terpaksa pinjam Along untuk tanggung pembelajaran saya,” luahnya menerusi Direct Message yang kemudian dikongsikan oleh akaun Twtter.
Tambah membebankan, kongsi individu berkenaan, sesetengah pemilik rumah sewa mengenakan bayaran deposit yang agak tinggi dan semestinya di luar kemampuan seorang yang berstatus penuntut, lebih-lebih lagi yang berasal dari keluarga B40.
“Rumah sewa bukan murah, ada yang minta deposit RM1,200. Apa perlu saya buat sekarang ni?
“Saya ada buat aduan kepada pihak universiti tapi yang dibalas hanyalah suruh pelajar belajar selesaikan masalah sendiri dan sepatutnya bersyukur dapat belajar di universiti yang yurannya murah.
“Kenapa kami pelajar di.layan sebegini? Apa salah kami? Kesihatan mental kami macam mana? Saya salah seorang penghidap MDD (major.depressive.disorder).
“Isu ni buat saya buntu dan ada rasa nak bunuh diri. Saya tak tahu apa jalan penyelesaian.nya. Universiti nak suruh pelajar pacak khemah depan kampus ke apa? Nak suruh pelajar jalan kaki ke kampus?” luahnya lagi.
Menjengah ruangan komen pula, rata rata memberi.kan reaksi yang pelbagai dan menyaran.kan penuntut berkenaan agar menggunakan saluran komunikasi yang sewajarnya, khususnya badan perwakilan pelajar, agar apa jua masalah mendapat perhatian pihak berkaitan.
Comments