• newsatmy

Pelakon Aamir Khan positif COVID-19

25 Mac 2021

NEW DEHLI : Pelakon popular Aamir Khan menjadi selebriti Bollywood terbaharu yang disahkan positif COVID-19.


Times of India yang memetik jurucakap pelakon itu berkata, bintang popular itu kini sedang menjalani kuarantin di rumah.


"Aamir Khan sedang menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif dan keadaannya tidak membimbangkan.


"Mereka yang mempunyai kontak dengannya dalam tempoh terdekat diminta untuk menjalani ujian saringan sebagai langkah pencegahan," kata sumber itu.


Namun begitu, laporan itu tidak mendedahkan sama ada ahli keluarga Aamir turut dijangkiti penyakit itu atau sebaliknya.


Minggu lalu, pelakon terkenal Dangal itu mengumumkan keputusannya untuk menutup akaun media sosial dengan mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 48 juta pengikutnya di laman Twitter, Facebook dan Instagram.


Menerusi satu hantaran yang dikongsinya itu, pelakon dan juga penerbit berusia 56 tahun itu memberitahu, dia hanya akan menggunakan platform syarikat filemnya jika mahu berkongsi segala perkembangan tentang dirinya.


"Ini merupakan kiriman terakhir saya dalam media sosial.


"Saya memutuskan untuk berhenti daripada menggunakan semua platform sosial media selepas ini," ujar aktor yang pernah membintangi filem 3 Idiots itu.


Sebelum ini beberapa bintang Bollywood termasuk Amitabh Bachchan, Abhishek Bachchan, Aiswarya Rai, Kanika Kapoor dan Kiran Kumar turut disahkan positif COVID-19. - AA

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.