top of page
  • newsatmy

Pelakon Avaa Vanja tuntut cerai

5 Disember 2021

PELAKON Avaa Vanja memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Khamis.


Avaa yang bakal membuat kemunculan semula dalam dunia perfileman turut menuntut hak penjagaan penuh anak tunggal beliau yang kini berusia sembilan tahun.


Perkara tersebut disahkan oleh pengurus krisis pelakon tersebut dari firma perhubungan awam Saiful Ridzuan Public Relations And Communications.


Peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili Avaa berkata, anak guamnya telah menandatangani wakalah menuntut perceraian daripada suaminya.


"Anak guam telah menandatangani wakalah bagi menuntut perceraian dari suaminya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Anak guam menuntut antara lain, fasakh dan hak penjagaan penuh anak.


"Pelakon tersebut tidak menafikan bahawa beliau turut bersedia memfailkan lain-lain tuntutan seperti nafkah anak, nafkah iddah, mutaah, dan tunggakan nafkah anak dalam masa yang terdekat," tambah peguam itu lagi.


Nurul Hafidzah dibantu oleh peguam bersama Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors.


Avaa berpendapat, tindakan menuntut cerai adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis rumah tangga beliau.


Untuk rekod, Avaa telah berkahwin dengan lelaki kacukan India-Inggeris, A Amil Sulaiman dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Merlissa.

bottom of page