top of page
  • admin

Pelaksanaan klinik virtual akan diperluas ke 370 buah klinik dan hospital tahun hadapan


KUALA LUMPUR, 30 Dis- Pelaksanaan klinik virtual dijangka akan diperluas kepada 370 buah klinik dan hospital tahun hadapan. Ini berikutan sambutan positif sejak ianya dilaksanakan pada tahun 2019. Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan, Dr Mastura Ismail berkata klinik virtual merupakan inisiatif mengurangkan kesesakan di klinik dan hospital kerajaan susulan penularan COVID-19.


Katanya, pesakit akan dikenal pasti terlebih dahulu dari kumpulan sasar yang sesuai. "Antara perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit kronik yang telah stabil seperrti pesakit diabetes, darah tinggi atau mungkin masalah kesihatan yang ringan yang mana mereka ini telah datang ke klinik kesihatan dan diberikan pemeriksaan dan rawatan susulan. "Mereka yang stabil ini dengan kebenaran pesakit kita boleh tawarkan dia punya pemeriksaan susulan itu secara virtual. Juga boleh diberikan kepada mereka yang review ujian darah mereka, sinar-x mereka atau pesakit yang perlu diberikan pendidikan kesihatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri. Tambah Dr. Mastura, tiada caj yang dikenakan ke atas pesakit yang menggunakan perkhidmatan klinik virtual tersebut.

bottom of page