top of page
  • newsatmy

Pelancong antarabangsa dibenarkan dikurantin di hotel

4 Disember 2021

KUALA LUMPUR-Susulan arahan terkini YB Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semasa Sidang Media Menteri Kesihatan hari ini, pengembara dari negara selain daripada lapan (8) buah negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara adalah dibenarkan untuk menyertai Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi. Selain daripada keperluan menjalankan ujian pengesanan COVID-19 menggunakan RT– PCR sekurang-kurangnya 72 jam sebelum bertolak ke Malaysia dan pada hari ketibaan, pengembara di Langkawi ini juga perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 menggunakan ujian RTK–Antigen (RTK-Ag) Professional pada hari ke-3 dan hari ke-5 selepas ketibaan.


Bagi pengembara yang membuat ujian di Langkawi pada hari ketibaan di pulau itu, mereka dibenarkan tinggal di hotel sementara menunggu keputusan ujian bagi mengelakkan perhimpunan ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan akan menerima perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) secara digital dalam aplikasi MySejahtera.

Manakala pengembara dari negara selain daripada lapan (8) buah negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara adalah dibenarkan memasuki Malaysia untuk melancong ke negeri-negeri selain Langkawi dengan mematuhi keperluan-keperluan di bawah:

  • Perlu menjalani kuarantin wajib.

  • Tempoh kuarantin bergantung kepada:

  • Status vaksinasi, iaitu tujuh (7) hari untuk individu dengan vaksin lengkap dan 10 hari sekiranya tidak menerima vaksin lengkap atau tidak menerima vaksin; DAN

  • Tempat kuarantin mengikut kelulusan yang diberikan oleh Home Quarantine Application (HQA), sama ada di rumah/tempat kediaman atau stesen kuarantin. Pengembara yang tidak diluluskan untuk menjalani kuarantin di rumah/tempat kediaman perlu membuat tempahan bilik di hotel yang dikenal pasti sebagai stesen kuarantin melalui MyTravelSafe di pautan https://safetravel.myeg.com.my/.

  • Mereka yang datang dari negara berisiko tinggi dan menjalani kuarantin di rumah/tempat kediaman akan dipakaikan peranti pengesan digital (digital tracker). Negara berisiko tinggi ini akan dimaklumkan oleh KKM berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan dari semasa ke semasa dan senarai akan diberikan kepada Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) berkaitan untuk tindakan lanjut.

  • Keperluan menjalani ujian pengesanan COVID-19 menggunakan RT-PCR semasa ketibaan dan pada hari ke-5 sekiranya kuarantin selama tujuh (7) hari atau pada hari ke-8 sekiranya kuarantin selama 10 hari.

  • Penilaian risiko akan dilakukan ke atas pengembara pada hari ke-7 atau hari ke-10 sebelum pelepasan kuarantin.

bottom of page