top of page
Writer's pictureNihaba

Pelantikan Menteri, TPM adalah hak prerogatif PM – Abd Latiff


KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Pelantikan Jemaah Menteri mahupun Timbalan-Timbalan Menteri adalah hak prerogatif Perdana Menteri bagi memastikan urusan-urusan pentadbiran Kerajaan berjalan lancar.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata buat masa ini jumlah anggota pentadbiran adalah yang terbaik berdasarkan keperluan, cabaran dan tanggungjawab serta kepakaran yang diperlukan.

“Pelantikan Jemaah Menteri mahupun Timbalan-Timbalan Menteri adalah hak prerogatif Perdana Menteri bagi memastikan urusan-urusan pentadbiran Kerajaan berjalan lancar.

“Kerajaan berpandangan, buat masa ini jumlah anggota pentadbiran adalah yang terbaik berdasarkan keperluan, cabaran dan tanggungjawab serta kepakaran yang diperlukan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.


Beliau menjawab soalan Senator dari PAS, Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah pendirian Jemaah Menteri pada hari ini berkenaan pelantikan Timbalan Perdana Menteri yang menjadi polemik dalam kalangan rakyat pada hari ini.

Comments


bottom of page