top of page
  • newsatmy

Pelawak veteran, Jamali Shadat meninggal dunia

3 Februari 2021

KUALA LUMPUR: Pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat, 78 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada 8:30 pagi tadi.


Memetik laporan Harian Metro, perkara berkenaan disahkan oleh cucunya Isyraq Ariff Zalull Ariff.


Isyraq berkata pemergian datuknya disedari pakciknya pagi tadi.


Katanya, doktor kemudiannya mengesahkan bahawa datuknya sudah meninggal dunia.


Beliau berkata urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian.


Memetika laporan Gempak pula, Isyraq berkata Allahyarham berkemungkinan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Pulau Indah, Klang. - Astro Awani

bottom of page