top of page
  • admin

Pelepasan cukai kepada doktor


KUALA LUMPUR 3 April: Kerajaan disarankan mempertingkatkan kadar pelepasan cukai kepada golongan doktor bagi mengurangkan bebanan mereka dalam usaha mendapatkan kepakaran perubatan. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata, langkah itu dapat meringankan beban mereka untuk membayar pelbagai jenis yuran peperiksaan ketika dalam proses melanjutkan pelajaran untuk menjadi doktor pakar.


Beliau melahirkan keyakinan, usaha itu jika kerajaan lakukan, maka tidak ramai doktor akan bertindak untuk melakukan mogok.

“Sebagaimana yang kita tahu, golongan doktor yang sedang mogok hari ini, mereka mahu menyatakan keluhan selain peluang untuk mendapat peluang pekerjaan tetap amat tipis.

“Malah, mereka menggunakan duit sendiri untuk mengambil peperiksaan yang memakan peruntukan yang agak besar. Sebagai contoh, doktor yang mengambil peperiksaan di luar negara.


“Malangnya. kadar pelepasan cukai yang kita berikan agak terhad, berbanding negara jiran Singapura,” katanya semasa perbahasan Rang Undang-Undang Kewangan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.


Wan Ahmad Fayhsal berkata, Singapura mempunyai agenda yang serius untuk meningkatkan kemahiran rakyat negara itu.


Katanya, ini menunjukkan bahawa mereka mengiktiraf kepentingan kemahiran untuk rakyat dan golongan profesional, sekali gus boleh mengangkat kewibawaan golongan profesional dan meningkatkan pendapatan mereka.

bottom of page