top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Pelik Harga Pembelian Water Jet Mahal

24 Disember 2021

Tular di media sosial milik seniwati tanah air Fauziah Nawi, yang memuatnaik iklan sumbangan pembelian water jet dari Pemuda Amanah Nasional di akaun Instagram nya hari ini.


Pelakon veteran ini berkongsi pandangannya mengenai iklan tersebut, yang mana parti tersebut meletakkan harga sumbangan pembelian untuk seunit water jet bernilai RM1k. Berikutan itu, aktres ini tertanya-tanya sama ada betul atau tidak harga water jet mencecah ribuan ringgit begitu.


What? 1K per unit? Are you sure? Apa? RM1000 satu unit? Betul kah? Brand apa kah yang hingga begitu harganya? #Curious #Hairan” Luahnya


Melihat perkongsian dari seniwati terkenal ini, ramai peminatnya memberi komen dengan mengatakan bahawa harga untuk seunit water jet tidak sampai beribu sebenarnya.

“@fauziahnawi harga tak sampai 1K… Paling-paling mahal pun 2xx.xx keatas..” “Assalamualaikum mummy @fauziahnawi yang ni harganya tak sampai 1K. Ratusan ringgit je” “Tengok kat Shopee ada 200++ 300++” “Terlalu ramai sangat yang ambil kesempatan. Water jet saya dan team pakai pun baru RM350 1200Kw” komen mereka

Jenama apa yang mahal sampai RM1K tu, mungkinkah water jet dari Bosch?

bottom of page