top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Pembangkang dakwa kerajaan jual vaksin

28 Jun 2021

Pembangkang (PH & DAP) dan sekutu menuduh kerajaan membeli Vaksin Covid 19 mahal dari negara lain walhal kerajaan pusat memberi vaksin percuma kepada rakyat walaupun jelas yang menuduh itu sendiri tidak faham malah menyelit fitnah dalam tuduhan mereka.


Ini berbeza dari kerajaan Selangor yang selepas dibenarkan membeli vaksin sendiri mereka nampaknya membuat untung berganda. Sudahlah dikesan ada usaha mengambil deposit dahulu sebelum pemberian vaksin malah vaksin mereka jual pada rakyat jauh mahal iaitu RM350.


Malah menurut beberapa sumber ada yang membeli RM180 hanya untuk dos pertama.


Ada pertuduhan bahawa pemimpin Selangor sengaja menggalakkan pembukaan Baazar Ramadan dan menggalakkan ziarah Raya selepas itu lakukan swab test secara besar-besaran.


Bila kes meningkat, mereka mula menjual vaksin dan membuat untung berganda.


Kos kerajaan pusat membeli vaksin yang sama hanya 1/3 dari yang rakyat Selangor bayar kepada kerajaan Selangor.


Kerajaan Selangor memohon kebenaran kerajaan pusat kebenaran membeli Vaksin untuk penvaksinan industri di mana Selgate Corporation akan menguruskan pembelian vaksin berdasarkan permintaan industri dan memberikan kepada pihak industri untuk memvaksinkan pekerja mereka, namun nampaknya ia dijual secara terbuka.


Apabila kerajaan membuat MySejahtera, kerajaan Selangor buat aplikasi Selangkah.


Siapa kroni PH yang buat Selangkah yang kalau dilihat dari segi mark up 3 kali ganda harga vaksin tentu harga aplikasi Selangkah juga buat untung berganda, siapa buat dan apa proses pemilihan syarikat?


Syarikat siapa dapat bekal vaksin kepada kerajaan Selangor untuk dijual berganda harga kepada rakyat?


Bagaimana pemilihan syarikat dan siapa yang untung?


Pada 9 Jun lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM200 juta bagi memperoleh vaksin dalam usaha mencapai imuniti kelompok menerusi Pakej Kita Selangor 2.0.


Tetapi RM200 juta ke mana sehingga rakyat sendiri kena beli Vaksin harga mahal berganda pula.



Ini baru nama mengambil kesempatan atas kesulitan.




Che'gu Bard.




PN Online

bottom of page