top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Pembangkang tidak puas hati SOP PRN Melaka

2 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan larangan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka.


Beliau meluahkan meluahkan rasa tidak puas hatinya termasuk arahan tidak membenarkan perhimpunan yang berkuat kuasa pada 25 Oktober lalu.


Anwar juga membayangkan aktiviti kempen PRN Melaka seperti “Naik lori cakap sorang-sorang (seorang diri)”.


Beliau turut mempersoalkan apabila wakil ada pihak yang mengadakan Majlis Makan Malam dengan tetamu yang ramai namun tidak ada tindakan terhadap penganjur.


Menurut beliau, pihak pembangkang tidak bersetuju sekiranya pilihan raya diadakan tanpa sebarang kempen.


“Saya setuju prosedur operasi yang ketat, kerana keselamatan dan kesihatan rakyat adalah keutamaan.


Namun menurut Anwar, apa yang berlaku ini adalah kesan daripada tindakan terburu-buru kerajaan negeri Melaka yang di pimpin oleh UMNO sebelum ini.


“Kita rasa kesal dengan keputusan kerajaan pimpinan UMNO Melaka yang mempengaruhi Yang Dipertua Negeri Melaka (TYT)… yang tak fikir panjang, meneliti panjang kesan, ini masalahnya. Mereka (UMNO) memulakan punca ini (menyebabkan) beban dan susah kepada rakyat… kemudian nak suruh pilihan raya.


“Pilihan raya (pula) tak boleh kempen, tak boleh jumpa orang… Ini pilihan apa? Tetapi saya dengar Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) memberi jaminan untuk menjelaskan SOP ini.


“Saya tidak setuju kalau pilihan raya dibuat dan dibiarkan (tanpa kempen). Saya faham perkara ini mungkin sensitif bagi Perdana Menteri tetapi dia Perdana Menteri bagi rakyat Malaysia, bukan kepada pemimpin UMNO sahaja,” katanya ketika membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Isnin.


Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian ketika menjawab celahan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang meminta Perdana Menteri membuat pengumuman segera berhubung SOP PRN Melaka.


Sebelum ini kerajaan pimpinan UMNO Melaka mempengaruhi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

bottom of page