top of page
admin

Pembubaran DUN 3 negeri di bawah PAS masih menjadi tanda tanya


KUALA LUMPUR,13 OKT: Keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri dikuasai PAS, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu masih menjadi tanda tanya setakat ini.


Menunggu keputusan itu, kira-kira 30 petugas media dari agensi berita dalam dan luar negara berhimpun di Pejabat Agung PAS, di sini hari ini bagi mendapatkan keputusan mesyuarat PAS berhubung perkara berkenaan.


Petugas media dipercayai mula berkumpul sejak jam 8.30 pagi tadi dan masih menanti setakat ini, pada jam 1.30 tengah hari.


Antara pimpinan yang dilihat hadir pada mesyuarat hari ini adalah Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib-naib Presiden PAS, Senator Datuk Idris Ahmad, Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.


Kemudian Ketua Penerangan PAS, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin; Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Senator Dato’ Ahmad Yahaya; Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ahmad Fadhli Shaari; dan Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), Dr Balanchandran Gopal Krishnan.


Seterusnya diikuti Ahli Jawatankuasa PAS, Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed, Mohd Yusni Md Piah, Razman Zakaria, Dato’ Ahmad Yaakob, Datuk Awang Hashim, Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Datuk Ahmad Yunus Hairi, Dr Riduan Mohamad Nor, dan Dato’ Dr Fadzli Hassan.


Bagaimanapun sumber dari Pejabat Agung PAS berkata semua pimpinan dan AJK PAS hadir pada mesyuarat hari ini.

Comments


bottom of page