top of page
  • newsatmy

Pembubaran skuad kebangsaan tidak patah semangat Yusof buru slot ke Birmingham

2 NOVEMBER 2021

MOHD Yusof Nandong antara atlet angkat berat yang terpaksa meninggalkan Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil selepas skuad kebangsaan dibubarkan ekoran kes doping.


Namun ia tidak mematahkan semangat juara Sukma (Sukan Malaysia) 2018 itu untuk terus berlatih di kampung halaman demi mencapai impian menyertai Sukan Komanwel Birmingham, tahun depan.


"Semua atlet angkat berat di MSN perlu meninggalkan tempat kediaman dan saya akan meneruskan latihan di Hulu Langat," kata Yusof.


"Perkara ini tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus menjalani latihan bagi melayakkan diri ke Sukan Komanwel."


Seramai 10 atlet dan empat jurulatih angkat berat negara terpaksa meninggalkan MSN selepas dua atlet positif doping.


Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) akan membentuk pasukan ad-hoc berdasarkan kejohanan pemilihan di Rompin, Pahang, bulan lalu.

bottom of page