• newsatmy

Pemenang pingat emas Olimpik, Markis Kido meninggal dunia

15 Jun 2021

Pemenang pingat emas Olimpik yang juga bekas pemain badminton kebangsaan Indonesia, Markis Kido meninggal dunia pada Isnin.


Berita pemergian atlet itu turut dimaklumkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi perkongsian terbaharunya di laman sosial rasmi.


Menurut BWF, Markis yang berusia 36 tahun meninggal akibat serangan jantung, ketika bermain badminton di Tangerang, Indonesia.


Beliau bersama Hendra Setiawan pernah memenangi pingat emas dalam acara beregu pada Sukan Olimpik 2008 yang diadakan di Beijing, China.


Selain itu, Markis juga pernah menjuarai Kejohanan Badminton Dunia di Kuala Lumpur selain emas Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.