top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PEMIMPIN kanan Bersatu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),


KUALA LUMPUR 2 Mac:PEMIMPIN kanan Bersatu dilapor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam bagi membantu siasatan agensi berkenaan.


Malaysiakini dalam laporannya memetik sumber berkata, Bendahari Agung Bersatu Datuk Mohamed Salleh Bajuri kini berada dalam tahanan SPRM.


Katanya, ini selepas SPRM mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk meremannya selama dua hari.

“Ya, memang betul dia (Bajuri) ditahan,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Memetik laporan Free Malaysia Today yang memetik sumber dalam Bersatu, penahanan Salleh itu berkait siasatan ke atas program Jana Wibawa dan Platform Akar Umbi Pemacu Negara (AkuPN).


Mohamed Salleh mempunyai latar belakang sebagai ahli korporat sejak beberapa dekad lalu.

Dia dilantik menjadi bendahari agung parti berkenaan pada 2016.

bottom of page