top of page
  • newsatmy

Peminat Buat Majlis Bacaan Yassin Buat Fendy Bakry

14 Jun 2021

Semalam, media hiburan dimaklumkan bahawa pelakon Fendy Bakri telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru, pada Ahad minggu lalu.


Sehubungan dengan itu, peminat pelakon drama Mr. Grey itu difahamkan telah mengadakan majlis bacaan Yassin dan doa selamat secara virtual selama tiga hari berturut-turut agar Fendy diberikan kesembuhan.


Dalam pada itu, Fendy yang dihubungi sebuah media mengakui dirinya sangat berdebar ketika dimasukkan ke hospital pada Ahad lalu dan hanya tawakal dan reda dengan sebarang kemungkinan.


Ditambah pula dengan situasi pandemik, Fendy berkata dia perlu menjalani pelbagai saringan mengikut prosedur yang ditetapkan.


“Bayangkan di ruang kecemasa, bercampur dengan pesakit yang demam, nak buat pemeriksaan itu ini termasuk juga yang disahkan positif COVID-19, saya terdedah dengan apa saja kemungkinan. Saya hanya tawakal dan minta dijauhi perkara tak diingini.”


Dia yang kini masih berada di hospital turut memberitahu bahawa dia dikehendaki melakukan ujian calitan sebanyak tiga kali dalam sehari.


Namun dia yang sudah selesai mendapatkan dua dos suntikan vaksin sebelum ini berasa bersyukur kerana ianya sedikit sebanyak melindungi dirinya jatuh sakit dengan lebih teruk.


“Mujur juga saya sudah selesai mendapatkan dua dos suntikan vaksin sebelum ini. Jadi saya rasa vaksin yang diterima itu membantu. Tapi ia bukan jaminan. Saya terus berdoa supaya lekas sembuh dan cepat keluar dari hospital. Kasihan juga isteri susah hati siang malam..” ujarnya lagi.

bottom of page