top of page
  • cik skod

Pemohon zakat tinggal di kondominium mewah

2 Sept

Setelah mendapat aduan dari orang awam terdapat sebuah keluarga memerlukan bantuan segera, Baitulmal Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan (MAIWP) bertindak pantas susulan aduan yang diterimanya,


Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @Baitulmal MAIWP di laman Facebook, Skuad Jejak Asnaf telah bergegas ke lokasi untuk menjejaki rumah keluarga berkenaan bagi melihat sendiri keadaan mereka.


Tetapi amat mengejutkan, mereka mendapati keluarga yang dikatakan memerlukan bantuan tersebut tinggal di sebuah kondominium mewah dan perkara tersebut adalah sesuatu di luar jangkaan mereka.


Mereka tinggal kondo mewah memang sepatutnya tidak layak untuk penerima zakat kerana tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.


Malah keluarga tersebut memberi alasan yang tidak masuk akal ,tinggal disitu adalah untuk keselesaan dan keselamatan keluarga selain lokasinya berdekatan dengan sekolah.


bottom of page