top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Pemuda dakwa pihak masjid halang berada di saf depan, sejadah dilabel khas untuk VIP

7 Februari 2022

Baru-baru ini, terdapat seorang pemuda lelaki memuat naik sebuah status di laman Facebooknya mendakwa semasa ingin menunaikan solat Jumaat, pihak pentadbiran sebuah masjid minta dia beralih setelah berada di saf hadapan.


Lelaki yang dikenali sebagai Abu Al Zahra itu memberitahu dirinya hadir awal ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat lalu terus duduk di saf hadapan kerana kosong tetapi diminta beralih kerana ianya merupakan tempat untuk VIP serta ahli jawatan kuasa masjid saja.


Sejadah yang dilabel hanya sejadah Imam dan VVIP sahaja. Dimintanya kita pindah ke saf lain selain saf depan.


Tambahan lagi, beliau memberitahu saf tersebut masih lagi kosong sehingga statusnya itu ditulis di Facebook dan pukul 1.19 tengah hari saf tersebut masih lagi kosong.


Difahamkan, ahli jawatan kuasa (AJK) yang didakwa melakukan hal seperti itu adalah di Masjid Al-Mustakim, Ampang.


Rata-rata yang meninggalkan komen di status berkenaan menyifatkan tindakan AJK terbabit kepada pemuda itu sama sekali salah dan tidak patut memperlakukannya.

bottom of page