top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PEMULIH bantu PKS terkesan

1 Julai 2021

Dalam pakej PEMULIH ini kerajaan turut menfokuskan kepada membantu perusahaan kecil sederhana (PKS) khususnya PKS mikro yang terkesan.

Bagaimana kerajaan membantu PKS ini?

Terdahulu, kerajaan telah melaksanakan Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0, 2.0 dan yang terkini 3.0 untuk menyokong kelangsungan para peniaga khususnya peniaga kecil.


Lebih-lebih lagi, peniaga-peniaga kecil yang tidak dibenarkan beroperasi.

Pada ketika itu, kerajaan telah memperuntukkan RM5.1 bilion di bawah inisiatif ini.


Penerima yang layak telah mendapat bayaran GKP 3.0 sebanyak RM1 ribu dan bakal mendapat bayaran tambahan di bawah PEMERKASA Tambahan sebanyak RM500 pada pertengahan bulan Julai nanti.

Kerajaan faham situasi sukar yang dihadapi golongan PKS ini, justeru Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 pula diperkenalkan di bawah pakej PEMULIH.

Apa PKS akan dapat melalui GKP 4.0?

PKS yang layak akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM500 yang akan dibayar pada bulan September dan RM500 lagi pada bulan November 2021.


Bayaran tambahan ini dianggarkan bakal diterima oleh 1 juta usahawan PKS serta PKS mikro.

Oleh itu, diharapkan dengan inisiatif GKP 4.0 ini dapat mengurangkan bebanan dihadapi serta membantu malancarkan aliran tunai mereka yang terkesan.

Jika ada PKS atau usahawan mikro yang belum pernah mendapat bantuan ini, anda boleh mendaftar menerusi laman web https://gkp.hasil.gov.my yang akan dibuka pada pertengahan Julai nanti.




--PN Online

bottom of page