top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PEMULIH: Bukti Kerajaan komited ringankan beban rakyat

4 Julai 2021

Jentera Penerangan parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyokong Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari.


Jentera semua parti-parti yang kerajaan wakili akan memainkan peranan memastikan mesej penting mengenai pakej bantuan kerajaan akan sampai ke akar umbi.

Kerajaan juga menyeru seluruh lapisan rakyat segera mengambil manfaat daripada setiap insentif yang disediakan.

Antara insentif yang disediakan adalah moratorium tanpa syarat kepada semua peminjam individu.


Tawaran ini mendapat kerjasama yang baik daripada pihak bank bagi meringankan bebanan rakyat yang terjejas pendapatan.


Namun dinasihatkan agar peminjam tidak menambah komitmen kewangan lain jika tidak terdesak.

Selain itu, golongan yang terjejas boleh memanfaatkan program Bantuan Bakul Makanan yang diperuntukkan kepada semua Ahli Parlimen.


Dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat, Kerajaan PN mengambil sikap untuk mengenepikan perbezaan politik dan memberikan peruntukan kepada semua wakil rakyat tanpa mengira sikap mereka terhadap kerajaan.


Rakyat perlu mendapatkan maklumat mengenai pakej bantuan ini daripada Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen masing-masing.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jar menyeru pemimpin di semua peringkat, agensi-agensi berkaitan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak-pihak bertanggungjawab agar sama-sama memastikan maklumat mengenai pakej rangsangan ekonomi daripada kerajaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

"Kami akan terus membantu kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin menjayakan Pelan Pemulihan Negara dengan memperkasakan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),


"Program vaksinasi akan menjadi kunci utama kejayaan kita melawan COVID-19,

"Kami menyeru kita semua bersama-sama dalam memerangi kesan daripada wabak Covid-19,


:Jika kita bekerja bersama, kita akan menang bersama. Lindung diri, lindung semua," ujar beliau.




--PN Online

bottom of page