top of page
  • Farah

Penambahbaikan institusi kesihatan di Sarawak antara fokus jawatankuasa MA63


SIMUNJAN, 8 Jan - Penambahbaikan institusi kesihatan awam di Sarawak menjadi antara tumpuan Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata usaha itu bagi memastikan pembangunan kesihatan yang lebih baik dapat dilaksanakan buat negeri itu selari dengan hak di bawah MA63.


"Kita juga melihat daripada keperluan tenaga kerja terutama sekali doktor-doktor yang kekurangan di hospital dan klinik-klinik kesihatan terutama sekali di luar bandar," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Hospital Simunjan, di sini. Tambah Lukanisman, selain daripada keperluan tenaga kerja antara lain yang akan diberikan perhatian segera termasuk keadaan fasiliti kesihatan di negeri itu yang daif. "Kita dapati terdapat kuarters kediaman buat petugas kesihatan yang memerlukan perhatian," katanya.

bottom of page