top of page
  • newsatmy

Penangan ‘Total Lockdown’, Zul Ariffin Kini Berambut Karat, Dah Macam K-Pop!

8 Jun 2021

Pelakon popular, Zul Ariffin nampaknya berubah ‘angin’ apabila dia tampil berbeza dari segi warna rambut selain hitam seperti sebelum ini.


Kata peminat, Zul kini tidak tumpah seperti artis Korea dan nampak berbeza dan lebih kacak.


Mungkin kerana penangan Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan kerajaan kini, pelakon filem Sangkar ini mewarnakan rambutnya kepada warna perang.


Meninjau ruangan komen, ramai peminat terutama golongan wanita teruja melihat penampilan terbaru Zul yang sebelum ini tidak pernah melakukan perubahan pada rambutnya itu.

Barangkali Zul Ariffin mempunyai projek lakonan terbaru yang memerlukan dia mengubah warna rambut atau mungkin sahaja sudah bosan berambut hitam.

bottom of page