Arissa Azman
Penangguhan bayaran balik pinjaman bagi PTPTN, JPA, MARA, PTPK
28 Jun 2021

Bagi membantu para peminjam pendidikan, Perdana Menteri Malaysia, tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa beberapa agensi Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran antaranya:
i. memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN
ii. menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga enam bulan
iii. menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah 100 ringgit selama 12 bulan
iv. menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan.
Nilai keseluruhan inisiatif ini dianggarkan berjumlah 400 juta ringgit dan akan memanfaatkan seramai 1.6 juta rakyat.
--PN Online