top of page
admin

Pendakwaan terpilih ‘double-standard’ Kerajaan PH-BN


PAS konsisten serta tegas dengan pendirian bahawa amalan rasuah wajib ditolak dalam segenap urusan sama ada pentadbiran kerajaan mahupun organisasi kerana amalan rasuah bertentangan dengan ajaran Islam.


PAS menyambut baik kenyataan dan ketegasan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang menyebut bahawa PAS dan PN bersedia bila-bila masa untuk sebarang siasatan mahupun keterangan sekiranya ada dakwaan ke atas mana-mana pemimpin dengan syarat: wajib bersikap adil dan tidak pendakwaan terpilih.


PAS mengharapkan agar Kerajaan PH-BN yang kononnya mahu mereformasi sistem perundangan negara agar tidak mengamalkan pendakwaan terpilih dan double–standard dalam setiap penyiasatan dan pendakwaan.


PAS yakin, tindakan-tindakan terdesak Kerajaan PH-BN terkini yang melaksanakan penyiasatan dan pendakwaan terpilih serta double-standard kerana kegilaan dan ketakutan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diterjemah oleh penolakan rakyat kepada PH-BN dalam PRN di Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.


“Malaysia Sejahtera”


YB Ir. Ts. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN

Ketua Penerangan PAS Pusat

Ahli Parlimen Jerantut

Comentarii


bottom of page