top of page
  • newsatmy

Penduduk bimbang wujudnya 'Kluster Ayam Beku'


16 Januari 2021


PUTRAJAYA: Tindakan Pemuda Umno Putrajaya yang mengadakan program mengedar ayam beku percuma kepada penduduk Putrajaya dibimbangi wujudnya kluster baru selepas ini.


Satu poster yang tersebar memaklumkan Pemuda Umno mengadakan program tersebut pada Jumaat, 15 Januari bermula jam 4.00 petang hingga 6.00 petang semalam dan terhad kepada 1000 penerima sahaja.


Program itu diadakan di hadapan Rumah Perlindungan Kucing Presint 9 Putrajaya dan diedarkan secara pandu lalu (drive thru)


Namun, beberapa gambar telah tular di media social yang menunjukkan orang ramai berpusu-pusu dan beratur panjang bagi mendapatkan ayam beku secara percuma.


Kelihatan penunggang motosikal sedang bersesak-sesak malah ada segelintir yang tidak mematuhi SOP seperti tidak memakai pelitup muka dan tidak ada penjarakan sosial.

bottom of page