top of page
  • Writer's pictureNihaba

Pengundi Melaka kecewa sikap pemimpin saling berebut kuasa


26Oktober-MELAKA

Rakyat Melaka berharap agar kerajaan baharu yang akan dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov nanti adalah kerajaan stabil dan mampu meningkatkan ekonomi negeri.

Rata-rata rakyat Melaka kecewa dengan insiden tarik sokongan atau lompat parti yang berlaku sebelum ini dan sewajarnya ahli politik mengeutamakan agenda pembangunan Melaka dapat demi kesejahteraan rakyat.


Pengundi Melaka berharap wakil-wakil rakyat yang akan dipilih kelak menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah serta lebih prihatin dengan nasib masyarakat dan tidak hanya bermain politik.


Pengundi Melaka,Ananthan, 51, dari Batu Berendam di sini berkata dalam keadaan ramai yang terkesan dengan pandemik COVID-19, kerajaan baharu mestilah segera menumpukan kepada usaha membantu rakyat.

“Kita harap kerajaan negeri juga mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan selain meneruskan inisiatif bebas berniaga,” katanya kepada Bernama hari ini.


Sam Then Yeong Kong, 42,seorang pengendali pelancongan berharap kerajaan baharu akan terus membantu pemain industri seperti syarikat pelancongan dan pengusaha inap desa dalam mempromosikan produk pelancongan negeri bagi menghidupkan kembali industri berkenaan yang suram sebelum ini ekoran COVID-19.

“Bagaimanapun semua penduduk harus keluar mengundi untuk menentukan pilihan calon masing-masing pada PRN nanti dan sudah tentunya kami mahukan wakil rakyat yang boleh membantu dan membela rakyat serta merancakkan kembali ekonomi negeri,” katanya yang juga pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh

.

Dua suri rumah V. Selvakumari, 55, dan Noradibah Mohd Shah, 35, masing-masing mengharapkan kerajaan yang akan dibentuk nanti mestilah kerajaan yang mengambil berat permasalahan rakyat dan berkemampuan menyediakan peluang untuk suri rumah menjana pendapatan selain meneruskan inisiatif sedia ada.

Penjawat awam negeri, Zaliah Masud, 51, pula berharap masalah banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri ini termasuk kawasannya di Durian Tunggal akan mendapat tumpuan serius kerajaan baharu.


bottom of page