top of page
  • newsatmy

Penilaian risiko pada bulan Mei tentukan kebenaran rentas negeri untuk Raya Aidilfitri, kata Ismail

19 Mac 2021 KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan menjalankan penilaian risiko pada bulan Mei bagi menentukan sama ada akan membenarkan rentas negeri bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Katanya pada tahun lepas, persoalan kebenaran rentas negeri menjadi isu yang akan berbangkit menjelang Ramadhan dan Hari Raya.



“Ini terutamanya apabila kita melonggarkan Prosedur Operasi Standard(SOP), seperti memberi kebenaran Solat Terawih dan Bazaar Ramadhan pada tahun ini.


“Seperti yang diberitahu sebelum ini, segala keputusan kebenaran rentas negeri diambil kria berdasarkan nasihat oleh Kementerian Kesihatan”, ulasnya kepada pemberita semalam.


“Kita sedar aktiviti rentas negeri menjadi faktor banyak kluster COVID-19 sebelum ini.


“Terdapat 32 kluster balik kampung yang melibatkan rentas negeri. Ambil contoh Sarawak, di mana pada awalnya mempunyai banyak zon hijau sebelum rentas negeri dibenarkan, kini dipenuhi zon oren dan merah.


“Kelantan juga begitu, tatkala itu zon hijau. Namun selepas Disember, ramai dari Kuala Lumpur dan Selangor pulang, menyebabkan lebih daripada 65% kawasan negeri itu menjadi zon merah. Ini kemudiannya memaksa kerajaan untuk melaksanakan MCO daripada RMCO,” katanya.


Tambahnya, disebabkan hal ini, Kementerian Kesihatan mengambil berat isu rentas negeri.


Ismail Sabri mengatakan kementerian itu akan menasihati berkenaan MCO.


“Saya dimaklumkan bahawa pada bulan Mei, kes harian dijangkakan akan menurun kepada 500 kes sehari.”


“Ketika itu, kementerian akan menjalankan penilaian risiko. Maka, pada yang berhasrat untuk pulang ke kampung, marilah berdoa” ulasnya.


Beliau juga menegaskan bahawa perkara paling penting adalah untuk semua rakyat Malaysia mematuhi SOP agar kes COVID-19 akan terus menurun. -The Star

bottom of page