top of page
  • admin

Peningkatan paras air sungai di empat negeri bersifat sementara - JBPM


PUTRAJAYA, 8 Okt- Sungai di empat negeri yang mencatatkan peningkatan selepas hujan lebat melanda sejak semalam kini dilaporkan berada pada paras selamat.


Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, pemantauan telahpun dilakukan dan sungai-sungai tersebut paras airnya masih di paras selamat.


Setakat pukul 8.00 pagi tadi, tiada penduduk yang perlu dipindahkan susulan situasi waspada itu.


"Pemantauan di sungai-sungai yang dinyatakan paras airnya masih lagi dalam keadaan memuaskan. Kita juga telahpun hantar laporan ini kepada pasukan petugas khas dan kenaikan paras itu hanyalah sementara.


Selain itu, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seluruh negara telah ditutup termasuk di Johor, dua PPS telah pun kita tutup. Sekarang ini, tiada mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), maka tidak ada lah banjir ini," kata Hamdan kepada RTM dalam sidang media Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat KPKT di Putrajaya.


Walau bagaimanapun, Datuk Seri Mohammad Hamdan menyatakan pemantauan keatas sungai-sungai tersebut masih lagi diteruskan oleh pelbagai agensi termasuk Polis.


Semalam, media melaporkan paras air di beberapa sungai utama di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Johor mencatatkan peningkatan selepas hujan lebat melanda sejak petang Jumaat.

bottom of page