top of page
Writer's pictureArissa Azman

Pentingnya Pendidikan Seksualiti dalam kalangan kanak-kanak

16 Jun 2021

Beberapa hari ini tular di media sosial seorang Pakar Motivasi dan Youtuber, Akhi Fairuz, apabila beliau memuat naik posting berkenaan 'surat cinta' seorang murid darjah 4 yang bertulis,

"I love you ____. Jom m**n k***** dalam tandas."


Bila tengok balik posting tersebut di Facebook beliau, rasa takut sangat.


Itu adalah surat dari anak gadis berusia dalam lingkungan 10-11 tahun kepada budak lelaki.


Janganlah kita fikir, "oh anak aku perempuan. Takkan kacau orang."


Zaman sekarang, takde benda yang pasti.


Bila kita lihat balik, kebanyakan ibu bapa memberi respon yang ala kadar, "Ala, benda ni diorang dah belajar kat sekolah. Kita nak terangkan pun tak pandai


"Nanti besar sikit mereka tahu lah ni. Kat sekolah ada ajar kan."


Terkedu kita apabila mendengar jawapan sebegitu. Kenapa kita sebagai Ibu Bapa tidak berusaha sedut ilmu bagaimana cara untuk terangkan benda begini kepada anak sendiri? Anak kita sendiri.


Jadi di mana silapnya sehingga perkara ini terjadi? Adakah pendidikan seks perlu di kalangan kanak-kanak bagi membanteras gejala sosial yang cukup menakutkan ini?


Entah dari mana anak ini belajar. Melalui media sosial? Perbualan bersama rakan?


Dalam satu program temubual di salah sebuah stesen TV popular, Pakar Perunding Obstetriks Dan Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Dr. Harlina Halizah Haji Siraj, menjelaskan bahawa pendidikan seks adalah pendidikan seumur hidup.


Jadi setiap peringkat umur perlu didedahkan dengan perkara ini kerana info yang seks yang diperlukan bukan mengikut umur seseorang.


Pendidikan seks bukan sahaja dilihat pada segi biologi atau fizikal sahaja tetapi sebenarnya ada lima dimensi. Dimensi pertama adalah biologi dan fizikal, kedua dimensi kognitif iaitu akal dan fikiran, dimensi ketiga adalah perasaan, keempat pula dimensi sosial dan yang akhir sekali dimensi spiritual dan kerohanian.


Tetapi masyarakat kita sering melihat kepada biologi dan fizikal sahaja. Ibu bapa sepatutnya mendedahkan pendidikan seks kepada anak-anak apabila mereka mula bertanya.


Dalam masa yang sama, Dr. Halina juga mencadangkan agar kanak-kanak dan remaja perlu diajar di rumah terlebih dahulu sebelum dipertanggungjawab kepada cikgu-cikgu di sekolah.


Ibu bapa perlu bijak mencari maklumat dan menyalurkan maklumat tentang pendidikan seks kepada anak-anak. Sebabnya jika persoalan mereka tidak terjawab, mereka akan cenderung untuk mencari maklumat di internet.


Selain itu jangan membezakan antara anak perempuan dan anak lelaki. Sama ada anak lelaki atau perempuan, ibu bapa perlu bagi pendedahan yang sepatutnya untuk mereka.


Pendidikan seks harus jadi tanggungjawab semua dan ia bukan satu topik yang pantang untuk diperkatakan.


Jika ada guru ata ibu bapa berhadapan dengan situasi ini, janga marah atau pukul anak. Jumpa budak ini secara berdepan, tanya baik-baik, tunjukkan rasa empati dan bantu apa yang patut.


Jika ada berlakunya perbuatan jenayah di tempat anda, buat laporan polis atau hubungan talian KASIH 15999.




--PN Online

コメント


bottom of page