top of page
admin

Penubuhan jabatan kanak-kanak, usul dibawa semula ke Kabinet


KUALA LUMPUR, 20 Feb- Penubuhan Jabatan Kanak-Kanak bakal dicadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).


Ia bertujuan bagi mengendalikan kes melibatkan golongan tersebut.


Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, usul cadangan akan dibawa semula ke Kabinet sebelum ia dibentangkan pada Belanjawan 2023, Jumaat ini.


Sebelum ini, kementeriannya telah mencadangkan perkara tersebut, namun ia ditolak kerana membabitkan peruntukan yang terlalu besar.


"Ia bukan secara rasmi di Kabinet hari itu, secara prinsip, tapi saya memohon lagi sebelum hari pembentangan bajet ini. Pada pagi hari bajet, kita akan kemukakan lagi kertas cadandan kita ke kabinet dengan memohon izin dari YAB Perdana Menteri dan pihak kewangan pada hari itu", katanya.


Beliau berkata dalam sidang media Lawatan Kerja ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah di Kuala Lumpur.

Comments


bottom of page