top of page
newsatmy

Penyelaras KDNHEP pantau harga minyak masak di Pontian

9 Jun 2021

PONTIAN - Kerajaan tidak menetapkan atau mengawal harga minyak masak dalam botol kerana ia bukan minyak masak bersubsidi.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga menjelaskan, subsidi harga minyak masak hanya diberikan kepada bungkusan polibeg satu kilogram (kg).


Menurut Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kerajaan hanya menetapkan harga bagi minyak masak bersubsidi iaitu RM2.50 satu kg.


Selaku penyelaras KPDNHEP Parlimen Pontian, Puan Zainab Basri telah melakukan satu lawatan di sebuah pasaraya di Pontian untuk melihat keadaan dan harga minyak yang dikatakan naik itu.


“Harga minyak masak di pasaraya ini masih lagi dalam keadaan terkawal seperti yang dikatakan oleh warganet” kata pengurus cawangan pasaraya tersebut.


"Sebenarnya, kualiti minyak sawit bersubsidi dalam pek polibeg 1kg sama dengan minyak sawit dalam botol,"


KPDNHEP berkata, sejak dahulu lagi kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit untuk minyak masak bersubsidi.


"Untuk tahun ini sahaja, sekitar 60,000 tan metrik diperuntukkan setiap bulan untuk kegunaan rakyat Malaysia.


"Jumlah itu bersamaan dengan 60 juta polibeg 1kg sebulan atau 1.8kg minyak sawit untuk setiap rakyat Malaysia setiap bulan," katanya.


Tambahnya, pengguna di Malaysia mempunyai pelbagai pilihan dan terpulang kepada citarasa dan bajet masing-masing dalam memilih jenis minyak masak.


Ia turut menyeru orang ramai menggunakan aplikasi Price Catcher untuk mengetahui dan membandingkan harga minyak masak tidak bersubsidi di premis perniagaan berdekatan rumah masing-masing.


- PN Online



Comments


bottom of page