top of page
  • admin

Penyelidikan berkaitan empangan, kemas kini garis panduan pengurusan keselamatan empangan


KUALA LUMPUR, 27 Dis- Sekumpulan penyelidik dari Institut Infrastruktur Tenaga Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) giat menjalankan penyelidikan berkaitan empangan meliputi aspek pengurusan kejuruteraan dan keselamatan. Penyelidik UNITEN, Profesor Datin Ir. Dr. Lariyah Mohd Sidek menjelaskan penyelidikan itu juga bertujuan mengemas kini garis panduan berkaitan pengurusan keselamatan empangan. "Empangan merupakan satu infrastruktur kritikal di mana kajian yang dilakukan adalah untuk memastikan kelestarian fungsi empangan itu sendiri sebagaimana yang direka bentuk dan juga untuk memastikan bahawa integriti kinetik empangan itu dikekalkan supaya dapat mengurangkan risiko bencana berkaitan empangan kepada komuniti dan alam sekitar. "Saya rasa perlu untuk merangka aktiviti secara bersepadu dan sistematik untuk meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan menghadapi atau bencana berkaitan keselamatan empangan. Sebab kita tidak mahu terjadi seperti apa yang berlaku, tragedi Batang Kali...kemungkinan akan berlaku juga apabila berlaku kegagalan empangan, impak tu sangat-sangat besar. Jadi, 'that's why' kita ini cakna keselamatan empangan. Sebab itu kita ada penyelidik-penyelidik universiti terutama universiti kami, menjalankan penyelidikan," kata Ir. Dr. Lariyah, di sini. Dalam pada itu, Ir. Dr. Lariyah turut menyarankan supaya tahap kesedaran komuniti mengenai keselamatan empangan diperkasakan. Menurutnya, ia boleh dilakukan dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat khususnya yang tinggal berdekatan empangan.


"Antara tiga aspek utama yang kita boleh lakukan pertama adalah berkaitan penyebaran maklumat. Kita boleh anjurkan hari terbuka di stesen operasi empangan, pameran dan bengkel latihan. Kita boleh gunakan program keselamatan empangan melalui webinar, FB, laman web, virtual simposium dan sebagainya. "Dan paling penting adalah program latih amal keselamatan empangan...juga dikenali sebagai program 'table top exercise'. Di sini ia adalah program yang kita hendak 'coordinate' semua agensi yang terlibat dengan sembilan senario kecemasan berkaitan dengan empangan, supaya dengan ini kita boleh meningkatkan keupayaan semua pihak supaya sentiasa bersedialah melaksanakan operasi berkaitan bencana keselamatan empangan dengan berkesan, di samping berdaya tahan terhadap bencana berkenaan. "Satu lagi yang penting adalah latihan daya komuniti...iaitu satu latihan advokasi yang melibatkan komuniti di hilir empangan yang terdedah kepada risiko banjir disebabkan limpahan atau kemungkinan kegagalan empangan," katanya.

Commenti


bottom of page