top of page
  • newsatmy

Penyokong Mahu Ifwat Akmal Ganti Kalamullah Jaga Gawang Kedah

14 Mac

Kedah Darul Aman (KDA) berjaya kembali ke landasan kemenangan selepas menewaskan Kelantan United di Kota Bharu dengan jaringan 3-2. Gol-gol daripada Willian Lira, Manuel Hidalgo serta Al-Hafiz Harun berjaya memastikan skuad Nafuzi Zain kembali menyertai kelompok empat terbaik Liga Super dengan mengutip sembilan mata daripada empat perlawanan. Namun begitu, disebalik kemenangan itu, penyokong Kedah dilihat masih lagi tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditonjolkan.

Bagi mereka, menentang pasukan seperti Kelantan United sepatutnya bukannya satu masalah buat mereka dan kemenangan boleh diraih dengan lebih mudah tanpa perlu berhempas-pulas.

Menjengah di laman Facebook Kedah, rata-rata penyokong risau melihat persembahan pertahanan Sang Kenari yang cukup longlai. “Tahniah Kedah. Pertahanan boleh cuba orang lain pula untuk berganding dengan Bojan Ciger. Pulun Kedah Pulun,” kata Idris Ahmad. “Banyak lagi yang perlu baiki terutamany pertahanan, kurang persefahaman. Apa-apa pun tahniah Kedah dapat tiga mata. Alhamdulillah,” tulis Ahmad Amran Haman. “Patut pertahanan gandingkan Ciger dengan Rodney,” cadang Masrizal Hashim. Namun apa yang lebih memeningkan adalah penyokong Kedah adalah prestasi yang ditonjolkan oleh Kalamullah Al-Hafiz. Malah, mereka cadangkan supaya Ifwat Akmal diberikan peluang untuk kembali menjaga gawang Kedah. Adakah sudah tiba masa untuk Nafuzi memberikan peluang kepada Ifwat berbanding Kalamullah.

Atau pertimbangan oleh penyokong Kedah terhadap penjaga gol Harimau Malaya ini terlalu keras untuk beliau?

bottom of page