top of page
  • newsatmy

Perak FC kini milik penuh XOX Berhad

I

IPOH:,27 Ogos XOX Bhd melalui anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan Perak FC Sdn Bhd.


Dengan penyelesaian itu, bermakna Perak FC kini merupakan anak syarikat milik penuh XOX Bhd.


Menurut kenyataan XOX Berhad, pengambilalihan itu selaras dengan strategi XOX Pro Sport, untuk menumpukan fokus sepenuhnya pada pemasaran dan pengurusan sukan. “Ianya memang misi XOX untuk melibat secara aktif dalam sukan, untuk memupuk bakat sukan akar umbi tempatan dan terus membina warisan kelab itu,” katanya pada jumaat.


Menurut kenyataan itu lagi, Lembaga Pengarah dan Eksekutif XOX akan menyerahkan tanggungjawab kepada pengurusan Perak FC untuk operasi harian, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bobie Farid Shamuddin.


“XOX berharap ini akan mengembalikan kestabilan dan kejayaan untuk Perak FC.

“XOX akan memastikan bahawa secara kolektif, ia akan mendatangkan manfaat peluang dan perkongsian komersial serta membina ekosistem yang mantap untuk meningkatkan mutu rangkaian dan barangan penawarannya kepada orang ramai di Malaysia,” ujarnya.

XOX juga berharap dengan pengumuman ini, ia akan memberikan semua penyokong rasa kestabilan dan keselamatan, mengetahui bahawa kelab itu berada dalam tangan yang selamat.

bottom of page