top of page
Writer's pictureArissa Azman

Perbicaraan Zahid Hamidi dan Yayasan Akal Budi

15 Jun 2021

Pertuduhan Zahid Hamidi antaranya ialah salah guna Yayasan Akal Budi. Mungkin Zahid ada duit untuk membayar perbelanjaannya namun kesalahan jelas ialah menggunakan duit yayasan untuk perbelanjaan termasuk membayar cukai jalan keretanya.


Walaupun selepas itu ada bukti sebahagian duit itu dibayar semula, Yayasan perlu dikendalikan secara teliti dan setiap sen boleh dipertikaikan kerana ia duit derma untuk objektif penubuhan yayasan yang kebanyakannya untuk orang miskin.


Yayasan diberi keistimewaan beroperasi dengan kutip duit dan siapa derma diberi pengecualian cukai pendapatan kerana ikrar menggunakan wang berdasarkan objektif.


Sekarang ini, Zahid dan Yayasan Akal Budi sedang dibicarakan di mahkamah.


Jika ada mengatakan Anwar menggunakan kereta mewah atas nama yayasan tidak salah maka anda kena bersedia membela Zahid juga tidak salah.


Menurut carian terbaru YB Datuk Kamarudin Jaafar bukan lembaga pengarah Yayasan Aman seperti dilaporkan oleh laman sesawang Yayasan Aman yang sudah lama tidak dikemaskini.


Anwar juga dilihat bukan lagi Lembaga Pengarah, jadi kalau bukan lembaga pengarah dia pakai kereta mewah Jaguar sebagai asnaf atau apa?


Menarik juga beberapa persoalan iaitu Yayasan Aman terlibat dengan lebih dari 5 cagaran (aset kepada bank) libat nilai berpuluh juta untuk mendapatkan tunai tetapi ada yang sudah sangat lama tetapi masih tidak berbayar.


Mungkin mereka ada alasan kukuh cuma teringat Laporan oleh Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), bertajuk “Foundations and Donations: Political Financing, Corruption, and the Pursuit of Power”, berkata terdapat berapa yayasan tidak diaudit dan penderma yang tidak diketahui. Dalam laporan itu turut menyebut Yayasan Aman. Kata lain kemungkinan terlibat "cuci duit"


Carian akaun juga menemui beberapa perkara pelik namun mendedahkan akaun merupakan satu jenayah. Cukuplah menimbulkan pertanyaan kenapa dalam maklumat SSM seolah dicatat tidak ada laporan kewangan.


Nampaknya isu Yayasan Aman bukan sekadar kereta mewah Jaguar.



Nota : sebenarnya lama sudah tak mendengar mengenai Yayasan Aman kali terakhir terdengar bila membaca mengenai Yusoff Rawter mengatakan gaji staff dibayar melalui Yayasan Aman.



Che'Gu Bard.



--PN Online

Comments


bottom of page