top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Percepatkan PICK di Pulau Pinang

5 Jun 2021

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri.


Sebagai salah sebuah hab perindustrian penting negara, Ketua Menteri meminta agar program vaksinasi di negeri Pulau Mutiara ini dipercepatkan kerana beberapa sektor ekonomi penting kini tetap dibuka.


Hasil perbincangan, beliau bersetuju untuk membekalkan dos vaksin kepada Pulau Pinang dengan lebih cepat agar lebih ramai pekerja industri boleh divaksinasi segera seterusnya mengelakkan pertambahan kluster baharu jangkitan COVID-19 di sektor perkilangan dan tempat kerja.


Beliau juga berkesempatan meninjau persediaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SPICE Arena yang merupakan PPV mega pertama di negeri ini yang boleh menampung sehingga 3,000 penerima sehari, bagi pemberian vaksin AstraZeneca bermula 7 Jun.


Selain itu, beliau juga sempat melihat persiapan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai satu lagi PPV di negeri ini, dengan keupayaan melaksanakan suntikan vaksinasi secara pandu lalu buat para penerima.


--PN Online

bottom of page