top of page
  • Farah

Perdana Menteri hadir Majlis Mahabbah Ulama


PUTRAJAYA, 4 JanPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Mahabbah Ulama di Kompleks Seri Perdana.


Majlis dengan pengisian kerohanian disampaikan Prof. Dr. Habib Abdul Hamid Al-Mahdali dan Prof. Dr. Mehmet Fadil Al-Jailani, pimpinan Umum Markaz al-Jailani, Istanbul.


Majlis Mahabbah turut diserikan dengan bacaan Maulid Simtur Duror oleh Pengerusi Muwasolah Baina Ulama, Al-Habib Abdullah bin Abdul Qader Al-Habsyee dan bacaan Hizb Al-Bahr.


Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah.


Selain rombongan Markaz al-Jailani Asia Tenggara yang berpusat di Jakarta.


Prof. Dr. Mehmet Fadil turut memperkenalkan Tafsir Al- Jailani, edisi Bahasa Indonesia yang diusahakan penterjemahannya oleh Markaz Al-Jailani Asia Tenggara.

Comments


bottom of page