top of page
  • newsatmy

“Pergi cari bukti aku kutuk lagu kau!” – Michael Ang jawab kecaman Aliff Syukri

16 Januari 2022

Dalam kesibukan pengarah dan penerbit drama terkenal Michael Ang mempromosikan lagu terbarunya iaitu Cinta Atau Propa, muncul pula kata-kata kurang enak daripada usahawan kosmetik penuh kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri terhadap single tersebut.


Dan seperti selalunya, Michael Ang tampil membidas kenyataan Aliff Syukri yang mendakwa dia telah melabelkan usahawan itu sebagai ‘tergedik-gedik’.


Kau kata aku cakap kau (Aliff Syukri) tergedik-gedik, kau faham tak apa yang aku cakap?

Aku cakap aku tak tergedik-gedik keluarkan lagu dan bayar sendiri, aku dibayar untuk menyanyi..itu perbezaan kita.


Kata pengarah drama Love Elsa itu lagi, dia tidak pernah sesekali mengutuk lagu nyanyian Aliff malah pernah memuji lagu nasyid yang pernah dipersembahkan usahawan itu.


Sehubungan itu, Michael meminta Aliff untuk menunjukkan bukti mengenai dakwaan bahawa dia pernah mengutuk lagu-lagu terbitannya.


“Apa-apa pun dia ada hak, kalau dia tak suka saya tak kisah. Bagi saya, lagu tersebut untuk orang dengar dan untuk orang judge.” ujarnya lagi.

bottom of page