top of page
  • Writer's pictureNihaba

Perhimpunan beracah-acah


Parti keramat UMNO, semalam, telah mengadakan perhimpunan yang khabarnya dihadiri lebih 3,000 ahli dan penyokongnya.Perhimpunan dinamakan Taklimat Khas Presiden UMNO di PWTC.


Selain ucapan dari 2 orang anak Najib,beberapa pemimpin UMNO dalam ucapan berapi-api berjanji berita gembira akan diumumkan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) berlangsung pada sebelah malamnya.


Dalam ucapan Setiausaha Agung UMNO,Ahmad Maslan mengumumkan akan ada khabar berita baik kepada ahli yang hadir selepas mesyuarat MT dan ia disambut dengan sorakan kegirangan para ahli UMNO yang hadir dalam Dewan Merdeka.


Namun selepas berakhirnya mesyuarat MT malam tadi , Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan yang selalunya akan mengeluarkan kenyataan media kepada wartawan sebaliknya tidak memberi sebarang komen berhubung hasil keputusan mesyuarat yang berlangsung dan hanya sekadar memberitahu “tunggu kenyataan esok jika ada”.


Seorang ahli MT UMNO, Datuk Seri Bung Mokthar Radin pula sekadar memberitahu kepada media tiada isu tarikh pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dibincangkan dalam mesyuarat itu.


Sesuatu yang amat berbeza dari lazimnya,pemimpin UMNO terus mengunci mulut daripada bercakap kepada media berhubung keputusan dan pendirian parti yang dibincangkan semasa mesyuarat berlangsung malam tadi,


Walaupun ucapan pemimpin UMNO berdegar-degar dan teriakan para hadirin yang hadir semasa perhimpunan sebelah petang,Namun selepas mesyuarat MT tidak apa yang diperkatakan berhubung keputusan yang dicapai.


Sebelah petang, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya mengulangi beberapa kali berhubung isu mengadakan PRU-15 awal di khayalak ahli UMNO dan bersorak-sorai gegak gempita dalam dewan.Penyokong UMNO di suapkan dengan pelbagai janji dan kata-kata semangat ditiupkan kepada ahli UMNO supaya bersedia untuk menghadapi pilihan raya seakan-akan esok juga Parlimen akan dibubarkan dan PRU-15 serta-merta akan diadakan.


Pastinya, Zahid akan membawa referendum daripada akar umbi pada sebelah petang untuk ditunjukkan kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa UMNO kini sudah bersedia untuk berdepan PRU-15 pada bila-bila masa dan ia mesti dipercepatkan.


Namun,dalam mesyuarat MT UMNO pada sebelaah malam adakah Ismail Sabri akan menerima bulat-bulat hujah yang diberikan oleh Zahid dengan menggunakan alasan perhimpunan pada sebelah petang bersama ahli-ahli parti itu mahu PRU-15 diadakan segera.


Walaupun ketika perhimpunan, apabila nama Ismail Sabri disebut oleh Zahid, beliau telah di“Boo” beberapa kali.


Hasilnya,perhimpunan yang yang datang dari pelusuk negaga pada sebelah petang hanyalah sekadar menjadi perhimpunan menyokong Najib dan yang menjadi mangsa adalah nama Ismail Sabri.


Jadi, selepas bermesyuarat semalam, apakah berita gembira yang UMNO janjikan kepada rakyat? Perbincangan menentukan tarikh PRU-15 bukan berita gembira dinantikan rakyat, tetapi bencana besar kepada rakyat kerana dipaksa untuk mengundi pada ketika keadaan ekonomi tidak berapa baik, harga barang naik tetapi gaji tidak naik-naik.



Matharuzaman Ahmad

Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Pontian

bottom of page