Search
Arissa Azman
Perkhidmatan satelit masih terganggu, pelanggan boleh buat penstriman di Astro GO
24 Jun 2021

KUALA LUMPUR: Pihak Astro ingin memaklumkan pelanggannya tentang gangguan perkhidmatan satelit yang masih dialami ketika ini.
Astro dimaklumkan oleh pembekal satelit bahawa pihaknya memerlukan lebih masa untuk memperbaiki sepenuhnya masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan umum, pihak teknikal Astro sedang berusaha secepat mungkin untuk mengenal pasti dan membaik pulih beberapa saluran yang terjejas.
Pelanggan yang mengalami kesulitan mendapatkan saluran Astro masing-masing boleh melayari penstriman secara langsung di Astro GO.
--Awani