top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

'Perlu cucuk vaksin empat hingga lima kali ke untuk pergi Umrah'-Syifa Melvin

3 Januari 2022

Umum mengetahui kebenaran perjalanan umrah ditangguh sementara mulai 8 Januari ini susulan peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan jemaah umrah tanah air.


Pelakon Syifa Melvin menyifatkan penangguhan tersebut bukan satu permulaan tahun baru yang mendukacitakan untuk dirinya. Beliau bercadang ke Tanah Suci pada 20 Januari ini



Rungutan beliau telah dikongsian di Insta Story itu, Syifa turut mempertikaikan tindakan Menteri kesihatan,Khairy Jamaludin yang menangguhkan ibadah umrah bagi rakyat Malaysia. Beliau hairan jika ibadah umrah dibekukan tetapi melancong ke negara lain dibenarkan.


“Perlu cucuk (vaksin) sehingga empat hingga lima kali ke baru nak lepas? Kalau pergi United Kingdom semuanya okey sahaja.


“Macam kita pergi buat dosa pula ya. Selepas varian Omicron apa pula? Kita tiada kuasa, jadi turutkan saja sehingga mencapai agenda mereka,” katanya.


Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keputusan kerajaan menangguhkan perjalanan umrah dibuat berdasarkan kepada data dan statistik kes semasa yang diperoleh.

bottom of page