top of page
  • newsatmy

Permaisuri Agong Turun Padang Cemar Duli Memasak Untuk Mangsa Terjejas

22 Disember 2021

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilaporkan turut bersama-sama turun padang bagi membantu rakyat Pahang yang dilanda banjir hari ini.


Meskipun negara masih berdepan dengan wabak pandemik COVID-19, Tunku Azizah telah mencemar duli bagi menyediakan makanan untuk tujuan edaran kepada mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuantan.


Seri Paduka Baginda dilaporkan telah hadir untuk memasak sendiri di ruang yang disediakan khas oleh KYP Advanced Skills Kubang Buaya, Kuantan, Pahang.


Perkara tersebut turut dihebahkan menerusi sebuah hantaran di laman Facebook rasmi Istana Pahang, di mana terdapat foto-foto yang memaparkana Tunku Azizah sedang ligat di dapur dan menyediakan sendiri bahan-bahan untuk dimasak baginda.

bottom of page