top of page
  • newsatmy

Perokok sejak sekolah dah diserang kanser

6 OKT

Selagi tidak sakit akibat merokok selagi itu cakap “aku dah lama merokok takde apa sakit pun”.


Itu antara ayat klise golongan perokok termasuk kalangan Muslim walaupun fatwa pengharaman tabiat merokok sudah diputuskan sejak 1995 manakala vape dan ‘e-cigarette’ sejak 2015.


Jangan nanti dah sakit baru nak insaf. Sebabnya, terdapat kes perokok umur 21 tahun sudah diserang kanser paru-paru. Dia dikatakan merokok sejak Tingkatan Tiga iaitu ketika berumur 15 tahun.


Kes kanser itu didedahkan seorang warganet yang kemudiannya dikongsikan laman Facebook, Public Health Malaysia.


“Lihat ketulan yang berwarna putih di sebelah paru-paru ini. Itu adalah gugusan sel kanser di paru-paru perokok yang berusia 21 tahun ini,” katanya.


Ini bermakna, ‘hanya’ enam tahun anak muda itu ‘berasap’, dia sudah ‘menyumbang’ kepada angka rakyat Malaysia yang terjejas dengan penyakit seperti kanser, sakit jantung dan penyakit berkaitan paru-paru akibat komplikasi merokok.


Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sudah menegaskan bahawa golongan B40 merupakan kumpulan majoriti yang terjejas dengan pelbagai penyakit berkaitan merokok.

Rakyat susah juga secara tidak langsung menjadi golongan sasaran syarikat-syarikat tembakau yang digelar Khairy sebagai “kumpulan-kumpulan pembunuh”.


Oleh sebab itu, sokongan wajar diberi terhadap cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, yang bertujuan melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok, selain mengurangkan kematian akibat penyakit berpunca daripada merokok.


Jika si ayah hari ini degil untuk terus merokok dengan 1,001 alasan, biarlah mereka yang lahir selepas 1 Januari 2007 bebas daripada asap rokok termasuk tidak menjadi perokok pasif seperti termaktub dalam hasrat mewujudkan Generasi Penamat (GEG)

bottom of page