top of page
  • newsatmy

Persembahan istimewa 'Adele One Night Only' di Astro Ahad ini!

17 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Dari Los Angeles ke Malaysia!


Persembahan luar biasa yang dibawakan oleh penyanyi tersohor, Adele di Grifith Observatory boleh ditonton secara eksklusif di Astro pada Ahad ini.


Bukan sahaja dapat menikmati persembahan lagu-lagu yang belum pernah diperdengarkan daripada album keempatnya, '30', penonton juga boleh menyaksikan temu ramah eksklusifnya bersama Oprah Winfrey.


Tayangan perdana ‘Adele One Night Only’ itu akan dibawa khas buat pelanggan Movies Pack Astro menerusi saluran 413 Showcase Movies pada jam 9 malam 21 November.


Pelanggan boleh menikmati persembahan penyanyi ini yang akan mempersembahkan lagu-lagu popular di carta muzik, serta lagu dari album-album lain seperti 19 (2008), 21 (2011) dan 25 (2011).


Konsert yang berdurasi dua jam ini merangkumi persembahan lagu termasuk Hello, Easy On Me, Skyfall, I Drink Wine, Someone Like You, When We Were Young, Make you Feel My Love, Hold On, Rolling In The Deep dan Love Is A Game.


Pemenang Anugerah Grammy itu juga akan bercerita mengenai album baharunya, pengalaman di sebalik lagu-lagunya, kehidupan selepas penceraian, kehilangan berat badan serta pengalaman menjaga anaknya dalam temu ramah eksklusif.


Selain Showcase Movies (saluran 413), pelanggan Astro juga boleh menikmati tayangan eksklusif ini di Astro On Demand dan Astro GO.

コメント


bottom of page