top of page
  • cik skod

Perubahan jadual Piala Malaysia: MFL tunggu pengumuman SPR 20 Oktober


PETALING JAYA, 13 Okt- Teka-teki mengenai keperluan mengubah jadual perlawanan Piala Malaysia 2022 akan terjawab selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pada 20 Oktober ini.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam, pembubaran parlimen sudah semestinya memberi kesan kepada jadual Piala Malaysia yang dijadual bermula 25 Oktober ini.


MFL menjangkakan kehadiran penyokong yang ramai bagi setiap perlawanan, oleh itu isu keselamatan menjadi keutamaan.


"Keperluan keselamatan di tempat perlawanan adalah kerisauan MFL terutamanya dengan pembubaran parlimen dan juga fokus keselamatan yang mungkin ada tugasan berbeza daripada situasi biasa.


"Pada masa ini saya belum terima apa-apa tarikh rasmi, tarikh pencalonan, tarikh undian. Selepas kita terima MFL akan umumkan jikalau perlu perubahan tarikh mengikut SPR," kata beliau kepada media di sini.


bottom of page