top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Pesta arak dan menari di Hutan Simpan

9 Julai 2021

Satu laporan polis telah dibuat oleh Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Parlimen Sri Gading, Zulkifli bin Mat Daud berhubung isu pencerobohan Hutan Simpan Kekal di belakang Kilang SHARP ROXY.


Maklumat telah diterima daripada penduduk tempatan yang mengadu di mana setiap hari minggu terdapat lebih 20 orang berada di dalam hutan untuk berpesta menari dengan meminum minuman keras bersama perempuan dan lelaki yang disyaki warganegara Sri Lanka yang bekerja di kilang berhampiran Hutan Simpan tersebut.


"Perkara ini telah melanggar SOP dan ingkar arahan kerajaan di mana ianya salah satu penyumbang kepada wabak Covid-19 dan menjadi kerisauan masyarakat setempat,


"Saya memohon pihak berkuasa terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengambil tindakan dengan segera," kata beliau.


Beliau syaki, mereka memasuki jalan tersebut menggunakan jalan trek basikal di belakang Hospital KPJ atau melalui Jalan Taman Megah atau melalui Kilang Beras Faiza.


Zulkifli menyatakan bahawa beliau turut mempunyai bukti bergambar berhubung laporan ini dan memohon pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Batu Pahat untuk menyiasat sama ada Pusat Rekreasi di bina dengan kebenaran PBT di dalam Hutam Simpan tersebut.


"Saya juga ingin memohon Pejabat Tanah Batu Pahat dan pejabat Hutan Batu Pahat mengambil tindakan ke atas pengusaha kebun durian di dalam kawasan Hutan Simpan ini memagar kebunnya hingga sampai ke dalam Hutan Simpan,


"Saya juga mengesyaki kebun durian di dalam Hutan Simpan Kekal di belakang Tokong Taman Bukit Perdana Batu Pahat di tanam secara haram," ujar beliau.




--PN Online

bottom of page