top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

Petisyen pengampunan Diraja untuk Najib tidak mendapat sambutan

29 Ogos

Petisyen ‘Solidariti Pengampunan Diraja Untuk Najib Razak’ yang digerakkan UMNO sejak empat hari lalu kurang mendapat sambutan daripada tiga juta ahli parti itu, walaupun perintah dikeluarkan kepada mereka untuk menandatanganinya.


Selain kurang sokongan dari ahli UMNO,petisyen itu juga tidak dapat menarik perhatian rakyat Malaysia.


Sehingga jam 9.30 pagi ini, hanya 12,244 penyokong yang dipercayai anggota UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) menandatangani petisyen yang dimulakan BN Selangor.


Walaupun Presiden UMNO ,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli parti agar menyokong petisyen itu ketika majlis Taklimat Khas Presiden , walaupun bekas Perdana Menteri itu baharu sahaja menjalani hukuman penjara bermula 23 Ogos lalu.


Antara lain petisyen itu mendakwa Najib secara terpilih telah didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan yang jelas kecacatan dan selektif sejak kes ini mula dibawa pada 2018.


Zahid mendakwa terdapat tangan-tangan ghaib mengawal bermula daripada Hakim Mahkamah Tinggi yang secara merit sepatutnya menarik diri daripada menghakimi kes ini namun beliau bertindak balas dengan menghukum salah Najib.


Petisyen itu turut dilihat menyerang institusi kehakiman negara apabila mendakwa penghakiman yang dilakukan adalah berat sebelah.


Berbeza pula dengan "petisyen memohon Agong tidak mengampunkan Najib" turut dilancarkan lebih awal pada 24 Ogos, sehari selepas Najib dihantar ke Penjara Kajang.


Sehingga jam 9.30 pagi ini, 111,482 orang telah menandatangani petisyen berkenaan yang digerakkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan dan Adil – badan pemantau pilihan raya.


Petisyen itu memohon Yang di-Pertuan Agong tidak menggunakan kuasa untuk memberi pengampunan kepada Najib kerana jenayah terhadap kepentingan rakyat Malaysia sekalian.

Dia didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.


Sebelum ini, pemimpin tertinggi yang menjalani hukuman penjara ialah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas menteri Kabinet (Datuk Mokhtar Hashim), dan bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Datuk Seri Harun Idris, dan Khir Toyo, serta bekas Presiden MCS Tan Koon Swan.

bottom of page