top of page
  • Farah

PH akan bergerak dalam khemah sendiri


SHAH ALAM, 26 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).


Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata entiti PH akan bergerak dalam keadaan keadaan ada dengan ‘khemah sendiri’.


“Dalam PH memang jelas bahawa kita tidak akan mempunyai sebarang rundingan dengan mana-mana parti daripada PN,” katanya pada sidang media selepas Kongres Khas DAP 2022 di Pusat Konvensyen IDEAL di sini,semalam


Beliau berkata demikian ketika ditanya siapa musuh utama DAP, susulan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin yang mengisytihar Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama.

BERSATU pernah bersama PH pada PRU-14.


Muhyiddin bagaimanapun tidak menyebut sama ada PH tersenarai sebagai ‘musuh politik’ PN ketika berucap pada Sambutan Ulang Tahun keenam BERSATU,pada Sabtu.


Loke menegaskan, mana-mana parti yang menentang PH dalam kerusi ditandingi pada PRU-15 secara automatik dianggap sebagai musuh politik dalam konteks persaingan.


Katanya, PH yang dianggotai empat parti iaitu DAP, KEADILAN, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan bersatu menentang pesaing dihadapi.


“Empat parti dalam PH akan bekerjasama dan menentang lawan kerana siapa yang bertanding menentang kita adalah musuh politik.


“Terpulang banyak mana yang nak berlawan, setiap parti yang masuk kawasan untuk bertanding itu sudah pasti adalah pesaing kita,” katanya.

bottom of page