top of page
  • admin

PH berdepan cabaran sukar PRU-15- Mat Sabu


SEREMBAN,17 Sept:Ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) Mohamad Sabu mengakui gabungan itu dan partinya, Parti Amanah Negara (AMANAH), berdepan cabaran amat sukar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang bakal diadakan tidak lama lagi.


Antara kesukaran Pakatan Harapan (PH) disebabkan pelbagai masalah dalaman,namun, tidak menyatakan sama ada ianya melibatkan pembahagian kerusi ‘boleh menang’ dalam kalangan parti komponen PH,


“Masih ada riak-riak dan gejala-gejala yang amat tidak saya senangi. Ketika berdepan PRU15 ini nanti, saya mahu ahli-ahli bersaing secara terbuka dan sihat, dalam rangka ‘Fastabiqul Khairat’ – atau ‘Perlumbaan Yang Baik’.


“Tidak wajar ia menjejas kelancaran dan kemajuan parti dan organisasi terutama dalam persiapan pilihan raya nanti,” katanya semasa merasmikan Konvensyen Amanah Nasional 2022 dengan tema Amanah untuk Malaysia.


Pada sidang media selepas itu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, berkata rundingan agihan kerusi antara parti PH bagi menghadapi PRU15 dijangka diselesaikan hujung bulan ini


Semalam, Naib Pengerusi PH Salahuddin Ayub, berkata kira-kira 70% daripada 52 kerusi ditandingi Bersatu pada PRU14, telah selesai dirunding antara parti gabungan PH.

Konvensyen Amanah 2022 yang akan berakhir esok dihadiri lebih 800 perwakilan seluruh negara.


bottom of page